Theme

The Right Thing to Do : Theme

  • Civic-mindedness

At first, Rebecca, Patrick and David take an uncaring attitude to the sick man. They did not want to help himas it was not their problem. It is the woman in blue who awakens them to take up their civic responsibility. This shows that we must be civic-minded and help people in need.

  • Leadership/Initiative

The play shows that leadership/initiative can transform people. This is especially true of leadership by example. The woman in blue is the catalyst that sparks a change in the others who are apathetic towards the man in distress.

  • Spirit of voluntarism

The play shows that prompt voluntary action by citizens is essential in society. Imagine what would have happened if no one had given the sick man his pills and water. What would have happened if no one had called for an ambulance? This shows that we must take action voluntarily when there is a crisis at hand.

Moral Values

The Right Thing to Do : Moral Values

  • We should help the needy.

The man in distress was a famous TV chef. Does this mean we should only help the rich and famous? On the contrary, the woman in blue shows us that we should help all needy persons, regardless of whether they are rich or poor.

  • We should  not take undeserved credit.

Rebecca, Patrick and David begin to congratulate themselves on having saved the life of Michael Scott. They give no credit to the woman in blue. They even go so far as to accuse her of walking away from her responsibility.

  • We should not speak ill of the absent.

Rebecca, Patrick and David criticise the woman in blue when she is gone from the scene. We do not know the real reason for her sudden disappearance. She may have gone away to help others in distress elsewhere.

Novel  : Latar Masa, Latar Tempat, Latar Masyarakat

Novel Formula Termodinamik :

Latar Masa, Latar Tempat, Latar Masyarakat

Latar

Latar Tempat

(a)   Kampung Warisan, Papar Sabah.

(b)   Di kawasan sawah nenek.

(c)   Di kampung Putatan.

(d)   Di hospital.

(e)   Pejabat Persendirian Damit Syarikat Bahagia.

.

Latar Masa

(a)   Malam sambutan Hari Krismas.

(b)   Selepas waktu isyak.

(c)   Pada cuti semester.

(d)   Pada waktu pagi.

(e)   Pada waktu senja.

(f)    Pada waktu malam.

.

Latar Masyarakat

(a)   Masyarakat yang kreatif dan inovatif.

(b)   Masyarakat yang berpendidikan tinggi.

(c)   Masyarakat yang mahir mengendalikan teknologi komputer.

(d)   Masyarakat yang mempraktikkan amalan bergotong-royong.

(e)   Masyarakat yang memiliki sifat hasad dengki dan iri hati apabila melihat kejayaan orang lain.

(f)    Masyarakat yang mementingkan diri sendiri.

Novel  : Plot – Teknik Plot

Novel Formula Termodinamik : Plot – Teknik Plot

(a)   Imbas kembali. Contohnya, Asma masih mengingati ketika dia, Amir, dan Usamah masih kecil mereka sering berlari di atas batas-batas sawah padi.

(b)   Imbas muka. Contohnya, Amir menyatakan jika ada peluang satu hari nanti dia akan membina terowong di bawah dasar laut untuk disambungkan ke Semenanjung. Hal ini memudahkan kereta berulang-alik seperti di negara Jepun.

(c)   Pemerian. Contohnya, penulis menyatakan keadaaan di Kampung Warisan, Papar apabila ditimpa hujan yang lebat sehingga menyebabkan berlakunya banjir.

(d)   Monolog. Contohnya, Aswan berkata sendirian bahawa dia juga mampu mengubah suai mesin rumput seperti yang dilakukan oleh Amir dan Usamah.

(e)   Kejutan. Contohnya, Amir dan Usamah terkejut apabila nenek jatuh terjelopok ke dalam paya ketika mereka sedang bergotong-royong menanam padi.

(f)    Saspens . Contohnya, pembaca dan pelajar-pelajar tertanya-tanya akan kehilangan data storan yang mengandungi data Formula Dua Hukum Popular Termodinamik tersebut.

Novel  : Sinopsis Bab 13, 14

Novel Formula Termodinamik : Sinopsis Bab 13, 14

Bab 13

– Mereka membuat perancangan selama dua hari sebelum memulakan misi tersebut.

– Mereka membawa radio kompo mini, tali, bateri kereta yang telah dicas dan kelengkapan menangkap penjenayah.

– Setelah hampir setengah jam berlalu, akhirnya mereka sampai ke tempat yang dituju.

– Tugas Usamah ialah menakut-nakutkan penjenayah ketika penjenayah itu dalam keadaan kelam kabut.

– Amir akan menyerbu ke dalam pondok manakala Adnin dan Zaid akan memasang bunyi rakaman anjing yang sedang menyalak serta rakaman suara supaya penjenayah menyerah diri.

– Strategi perancangan mereka berjalan dengan lancar.

– Terdapat dua orang lelaki yang berada di pondok tersebut.

– Penjenayah tersebut berjaya diikat tangannya lalu dibawa ke balai polis.

– Pada masa yang sama, seribu satu persoalan timbul di benak Amir berkenaan pemacu pena yang dijumpainya menyimpan rahsia yang sukar untuk diungkapkan.

.

Bab 14

– Amir tidak dapat melelapkan matanya semalaman kerana memikirkan pemacu pena yang ditemukan oleh mereka semasa memerangkap penjenayah tersebut.

– Amir dan Usamah sependapat mengatakan bahawa pemacu pena itu ada kaitan dengan kehilangan storan data Formula Termodinamik tempoh hari.

– Perbualan mereka terhenti apabila satu e-mel terpapar di skrin komputer.

– Pemberi e-mel tersebut memohon maaf kerana berbohong dan menyembunyikan dirinya.

– Permintaan Amir supaya pemberi e-mel berterus terang menyebabkan pertanyaannya dibiarkan tanpa jawapan.

– Zaid datang dengan kedaan basah kuyup.

– Usamah mengajukan persoalan kepada Zaid tentang Asma.

– Zaid kehairanan kerana Usamah tidak mengetahui perkembangan Asma.

– Penjelasan Zaid menyebabkan Usamah terkesima kerana Amir ingin akan kepastian tentang pertunangan Asma dan Asman, iaitu abang Aswan.

– Zaid menjelaskan bahawa Asma telah ditunangkan dengan Asman sejak kecil lagi.

– Perkhabaran tersebut menyebabkan Amir terjelepok di atas lantai dan telapak tangannya terluka.

– Usamah turut bersimpati dan mengerti perasaan Amir yang selama ini ada menaruh hati terhadap Asma.

– Dia turut berasa kesal kerana Amir tidak berterus terang menyatakan perasaannya terhadap Asma.

– Amir akur dan menyatakan segalanya sudah terlewat.

– Kedatangan Adnin membawa perkhabaran bahawa seluruh kampung mereka sudah dinaiki air.

– Mereka berempat bergesa-gesa untuk memberikan pertolongan kepada penduduk kampung.

Novel  : Sinopsis Bab 10, 11, 12

Novel Formula Termodinamik : Sinopsis Bab 10, 11, 12

Bab 10

– Hampir dua jam nenek berada di bilik pembedahan.

– Anggota keluarga Amir turut berada di hospital.

– Doktor menjelaskan bahawa pembedahan kecil dijalankan pada bahagian buku lali nenek untuk memastikan tiada pendarahan bagi mengelakkan jangkitan kuman merebak ke anggota badan yang lain.

– Layanan anak cucu menggamit hati kecil nenek.

– Terasa badannya yang sakit menjadi sihat walaupun pada hakikatnya, nenek masih lemah.

.

Bab 11

– Aswan masih tidak berputus asa untuk mendapatkan storan data baharu.

– Aswan cuba meramalkan beberapa nombor digital.

– Akhirnya, cubaan Aswan berjaya menembusi storan data tersebut.

– Fikri dan Majibon mulai bosan dengan sikap Aswan yang asyik menatap komputer.

– Aswan menyatakan bahawa dia telah berjaya menembusi pengaliran data yang telah disekat tempoh hari.

– Mereka berdua turut teruja dan memberikan tumpuan pada layar komputer.

– Terpapar maklumat sebuah syarikat yang sangat kukuh kewangannya.

– Namun begitu, nama syarikat tidak dinyatakan hanya menggunakan kod sahaja.

– Aswan bercadang memindahkan wang tersebut ke akaun syarikat bapanya.

– Fikri mengingatkan tujuan sebenar mereka untuk bersaing secara sihat.

– Aswan terus memujuk Fikri dengan berjanji akan memulakan projek mereka menggunakan modal sebanyak RM10,000.00 yang akan dipindahkan daripada syarikat tersebut.

– Aswan terus merayu dan fikiran Fikri terus menerawang bagaikan dibuai mimpi seolah-olah dia bertemu dengan Usamah dan Amir di Putatan.

– Pada masa yang sama, Amir terjaga lalu tergesa-gesa masuk ke bilik persendirian bapanya.

– Dia memeriksa beberapa storan data.

– Tiba-tiba, muncul satu mesej diikuti oleh perkataan amaran yang tertera pada layar komputer.

– Usamah berjaya menyekat kebocoran aliran maklumat syarikat pada waktu yang tepat.

– Namun begitu, Usamah hairan kerana penjenayah tidak memindahkan wang syarikat, padahal mereka boleh melakukannya.

.

Bab 12

– Intan berasa risau kerana Amir dan Usamah masih belum pulang ke rumah sejak keluar dari pagi tadi.

– Tiada sebarang pesanan mahupun nota dan e-mel ditinggalkan oleh mereka.

– Kerisauannya turut diajukan kepada suaminya yang baru pulang dari pejabat.

– Damit terkejut apabila Intan memaklumkan kepadanya bahawa terdapat kebocoran maklumat tentang Syarikat Bahagia.

– Hari mulai senja ketika Amir dan Usamah tiba di Kampung Warisan.

– Zaid menyatakan kepada Amir dan Usamah bahawa dia dan Adnin telah berjaya mengesan penjenayah.

– Mereka menyembunyikan barang-barang yang dicuri di sebuah pondok usang tidak jauh dari pangkalan.

– Akhirnya, mereka sepakat mengatur strategi untuk memerangkap penjenayah tersebut.

Pantun

Soalan Peperiksaaan :

Baca petikan pantun dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

PANTUN KASIH SAYANG

Buah mengkudu kusangka kandis,
Kandis terletak dalam puan,
Gula madu kusangka manis,
Manis lagi senyuman tuan.

Asap api di Tanjung Tuan,
Kuala Linggi bakaunya rendah,
Harap hati kepada tuan,
Langit tinggi kupandang rendah.

Anak udang meniti batang,
Berasa dahan terlampai,
Melihat bulan dipagar bintang,
Bagai rasa hendak dicapai.

Jalan-jalan sepanjang jalan,
Singgah-menyinggah di pagar orang,
Pura-pura mencari ayam,
Ekor mata di anak orang.

Bila masa dipanggil maut,
Cinta tidak berharga lagi,
Asam di darat ikan di laut,
Sampai masa berjumpa lagi.

(Dipetik daripada antologi Baik Budi,Indah Bahasa
Tingkatan 2, Arah Pendidikan Sdn Bhd)

i) Berdasarkan pantun kasih sayang, nyatakan bentuk pantun tersebut.  [3 markah]

ii) Nyatakan unsur-unsur alam yang digunakan oleh pengarang dalam pantun tersebut. [3 markah]

iii) Nilai kasih sayang sangat penting dalam diri seseorang. Nyatakan impak sekiranya nilai ini terhakis dalam masyarakat hari ini? [4 markah]

Skema Jawapan :

i) Nyatakan bentuk pantun tersebut  [3markah]

– Mempunyai lima rangkap
– 4 hingga 5 patah perkataan dalam satu baris
– Rima akhir a b a b
– 8 hingga 10 suku kata dalam satu baris
*Isi cukup : 2 daripada isi di atas

ii) Unsur-unsur alam yang terdapat dalam pantun [3 markah ]

– Buah mengkudu
– kandis
– bakau
– ikan, udang
*Isi cukup : 2 daripada isi di atas

iii) Impak terhakis nilai kasih sayang dalam masyarakat di negara kita  [4 markah]

1. Masyarakat hidup dalam keadaan pentingkan diri sendiri.
2. Tidak wujud nilai perpaduan dalam masyarakat kerana saling tidak bertegur sapa.
3. Jenayah semakin berleluasa kerana sikap masyarakat yang tidak cakna antara satu sama lain.
*Isi cukup : 2 daripada isi di atas atau isi-isi lain yang relevan

Cerpen Tingkatan 3 : Plot – Binaan Plot, Teknik Plot

Cerpen Sekeping Tanah : Plot – Binaan Plot, Teknik Plot

Plot

Binaan Plot

(a)   Permulaan – Cerpen ini dimulakan dengan hasrat Hisyam yang ingin membangunkan sebidang tanah pusaka peninggalan arwah ayahnya di bandar kerana memikirkan potensi tanah pusaka itu.

(b)   Perkembangan – Hisyam berbincang dengan abangnya, Harun dan kakaknya, Halimah berhubung cadangannya untuk membangunkan tanah pusaka peninggalan arwah ayah mereka di bandar. Namun begitu, Harun tidak bersetuju dengan cadangan Hisyam yang dianggap menyusahkan dan rumit. Harun bertegas meminta Hisyam menjual tanah pusaka itu. Sementara itu, Hisyam dan Halimah bersepakat menjual tanah pusaka itu tetapi kemudiannya membeli tanah itu semula untuk dibangunkan.

(c)   Klimaks – Harun tergamam melihat adiknya, Hisyam dan Halimah yang sebenarnya menguruskan projek pembinaan Kondo Jaya itu. Mereka menyerahkan kunci rumah kediaman kepada para pembeli. Harun berasa dirinya ditipu dan dipermainkan oleh adik-adiknya.

(d)   Peleraian – Hisyam menjelaskan perkara yang sebenar kepada abangnya, Harun berhubung pembinaan Kondo Jaya di atas tapak tanah pusaka peninggalan arwah ayah mereka itu. Hisyam menyerahkan jawatan pengurus Syarikat Binajaya Sdn. Bhd. kepada Halimah. Halimah bersetuju untuk menerima jawatan tersebut. Hisyam pula bercadang untuk memandu teksi kerana kerjaya itu sudah sebati dengan kehidupannya.

.

Plot – Teknik Plot

(a)   Pemerian.

(b)   Dialog.

(c)   Imbas kembali.

(d)   Monolog.

(e)   Kejutan.

(f)    Saspens.

Cerpen Tingkatan 3 : Gaya Bahasa

Cerpen Sekeping Tanah : Gaya Bahasa

(a)   Bahasa Arab. Contohnya, Astaghfirullah.

(b)   Kata ganda. Contohnya, dalam-dalammati-matibulat-bulat; dan angan-angan.

(c)   Metafora. Contohnya, mata batinnya.

(d)   Sinkope. Contohnya, Tak boleh. Kamu sajaSyam.

(e)   Repetisi. Contohnya, Dia cabar sayaDia hina saya.

(f)    Peribahasa. Contohnya, tukar tanganperah otak.

(g)   Perlambangan. Contohnya, Pisau di tangan abang.

(h)   Personifikasi. Contohnya, Hatinya teringin sangat untuk membuat panggilan telefon kepada adiknya itu tetapi otaknya melarang.

Cerpen Tingkatan 1 : Tema dan Persoalan

Cerpen Hadiah : Tema dan Persoalan

Tema

Kegigihan dan kecekalan murid.

.

Persoalan

(a)   Penghargaan murid terhadap jasa guru-guru.

(b)   Kemiskinan tidak menghalang seseorang itu menempa kejayaan.

(c)   Kekuatan daya usaha dan ikhlas berjuang adalah faktor penting untuk sesuatu kejayaan.

(d)   Kata-kata semangat dan bimbingan ibu bapa penting dalam menyokong anak-anak untuk berjaya.

(e)   Guru berperanan besar dalam mengembangkan potensi diri murid.

(f)    Kraf tangan merupakan pusaka bangsa yang mesti dikembangkan dalam kalangan generasi muda hari ini.