Cerpen Tingkatan 1 : Nilai dan Pengajaran

Cerpen Hadiah : Nilai dan Pengajaran

Nilai

(a)   Kesopanan.

(b)   Kegigihan.

(c)   Berjimat cermat.

(d)   Bertanggungjawab.

(e)   Berdaya saing.

.

Pengajaran

(a)   Kita haruslah mempunyai daya saing yang tinggi.

(b)   Kita hendaklah berjimat cermat dengan menabung.

(c)   Kita harus bersopan santun supaya orang lain menghormati kita.

(d)   Kita hendaklah gigih melakukan sesuatu pekerjaan.

Cerpen Tingkatan 1 : Watak dan Perwatakan

Cerpen Hadiah : Watak dan Perwatakan

Azizah

(a)   Murid sekolah rendah.

(b)   Murid yang pandai.

(c)   Murid yang berdisiplin.

(d)   Murid yang serba boleh.

(e)   Mempunyai kemahiran menganyam tudung saji.

(f)    Kuat berusaha.

(g)   Anak yang mendengar kata.

.

Cikgu Zaleha

(a)   Guru yang baik.

(b)   Pandai merangsang muridnya untuk terus berusaha.

(c)   Pemenang Guru Inovatif Peringkat Daerah.

(d)   Pandai bergurau.

Gaya Bahasa (Novel Tingkatan 3)

Novel Hempasan Ombak :  Gaya Bahasa (Novel Tingkatan 3)

Gaya Bahasa

  • Bahasa Arab. Contohnya, Assalamualaikum; Astaghfirullah.
  • Bahasa Inggeris. Contohnya, window shopping; classmate.
  • Hiperbola. Contohnya, Lidah api menjilat ganas apa-apa sahaja yang tercapai.
  • Personifikasi. Contohnya, Rasa serba salah mula mencekik dirinya.
  • Repetisi. Contohnya, “Kerja, kerja. Makan, makan,” ujar Hajah Zaoyah tegas.
  • Simile. Contohnya, Syarikat yang ditubuhkan sejak hujung 60-an itu bagai pelita yang meliuk-liuk apinya.
  • Sinkope. Contohnya, Tak kisahlah tu,” tangkis Farid, tersenyum.
  • Peribahasa. Contohnya, putih mata; gulung tikar; genggam bara api biar sampai jadi arang; diluah mati emak, ditelan mati bapa; kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.

.

Latar Masa, Latar Tempat, Latar Masyarakat (Novel Tingkatan 3)

Novel Hempasan Ombak :  Latar Masa, Latar Tempat, Latar Masyarakat (Novel Tingkatan 3)

Latar 

Latar Tempat

  • Kampung Losong, Kuala Terengganu.
  • Pejabat Pemborong Binaan Nadi Zaman.
  • Pejabat Syarikat Batik Nusantara.
  • Bangunan bengkel batik moden baharu.
  • Balai Polis Daerah Kuala Terengganu.
  • Pekarangan rumah keluarga Farid.
  • Sebuah gerai di bazar MARA di Jalan Banggol.

Latar Masa

  • Waktu subuh.
  • Waktu pagi.
  • Waktu tengah hari.
  • Waktu petang.
  • Waktu malam.
  • Pada hujung tahun 60-an.
  • Sejak tiga bulan yang lalu.
  • Lebih 20 tahun yang lalu.

Latar Masyarakat

  • Masyarakat yang menjalankan perniagaan.
  • Masyarakat yang menyayangi ahli keluarga.
  • Masyarakat yang bertanggungjawab dalam menguruskan syarikat.
  • Masyarakat yang baik hati dan berhati mulia.
  • Masyarakat yang mengenang budi.
  • Masyarakat yang saling bekerjasama dalam memajukan syarikat.
  • Masyarakat yang penyabar berdepan dengan pelbagai kerenah manusia.
  • Masyarakat yang berani menghadapi cabaran dalam perniagaan.

.

Plot – Teknik Plot (Novel Tingkatan 3)

Novel Hempasan Ombak :  Plot – Teknik Plot (Novel Tingkatan 3)

Plot – Teknik Plot

  • Pemerian. Contohnya, pengarang menggambarkan aktiviti yang dilakukan oleh keluarga Hajah Zaoyah pada waktu malam.
  • Dialog. Contohnya, perbualan antara Farid dengan Tomsiah mengenai kedudukan kewangan Syarikat Batik Nusantara yang bergerak perlahan dan kurang memberangsangkan.
  • Imbas kembali. Contohnya, Farid teringat kembali akan kata-kata bapanya bahawa dunia perniagaan tidak ubah seperti gelanggang persilatan yang dipenuhi dengan sepak terajang dan dipenuhi faktor politik dalam mengaut laba.
  • Imbas muka. Contohnya, Mukhtar membayangkan wajah Farid yang hanya menangis ketika berdepan dengan masalah kurangnya pengalaman dan ilmu pengurusan perniagaan dalam menguruskan perniagaan batik milik keluarganya itu.
  • Saspens. Contohnya, pembaca tertanya-tanya dan ingin mengetahui pemilik nombor telefon yang diberikan oleh Tomsiah kepada Farid. Pembaca juga tertanya-tanya sebab Tomsiah memberikan nombor telefon itu kepada Farid.
  • Kejutan. Contohnya, pembaca terkejut dan tidak menyangka Masri akan bertindak menerpa ke arah Mahmood dan mencurahkan lilin panas dari canting batik ke muka Mahmood yang sedang mencekik leher baju Azmi untuk membenamkan kepalanya ke dalam kawah lilin yang panas itu.
  • Monolog. Contohnya, Farid bermonolog sendirian apabila memikirkan tanggungjawab besar yang perlu dilaksanakan setelah dia dilantik untuk menerajui Syarikat Batik Nusantara yang sedang berhadapan dengan masalah kewangan.

.